Khas untuk tatapan kaum Adam...
Andainya lelaki tahu.. 
Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu  tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di  hatinya. 
Andainya lelaki tahu.. 
Apabila seorang perempuan itu  mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah,  tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki  itu.   
Andainya lelaki tahu.. 
Apabila seorang perempuan marah, memang  dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya  dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.   Lihat saja  pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah  semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak  pertelingkahan yang berlaku.   
Andainya lelaki tahu.. 
Apabila perempuan  bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,  tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.   
Andainya lelaki  tahu.. 
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan  bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu  menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan  anda.    
Andai lelaki tahu.. 
Apabila perempuan cemburu dan tidak  percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang.. tetapi dia terlalu  sayangkan anda dan masih menganggap anda anak kecil yang masih  memerlukan sepenuh perhatian.   Kadang2 dia terlalu risau sekiranya  terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri  keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.   
Andai lelaki tahu.. 
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia  mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah  sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa  dihargai.   
Andai lelaki tahu.. 
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i  love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki  itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi  juga melalui bahasa tubuhnya.    
Andai lelaki tahu.. 
Apabila perempuan  kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila  berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.   
Andai lelaki  tahu.. 
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,  jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu  melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.  Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.   Selagi dia  dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi  yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.   
Andai lelaki tahu.. 
Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan  bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki  itu mampu bersabar dengan kerenahnya.   Percayalah, hati perempuan itu  sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia  menukar fikirannya dalam masa sesaat.   
Andai lelaki tahu.. 
Apabila  perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud  menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya  sebentar saja.   Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari  anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan  sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang  paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri  anda.   
Andai lelaki tahu.. 
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan  perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka  saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.    Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air  matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang  lelaki itu merasa selamat bersamanya.   Biarpun zahirnya perempuan itu  tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang  dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.    Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia  didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan  untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah  yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik  untuk anak2 anda. 


No comments:
Post a Comment