Saturday, March 31, 2012

Subhanallah... Kanak-kanak 5 tahun jadi imam

     Sangat-sangat kagum dengan kanak-kanak ini. Rasa betapa kecilnya diri ini. Bayangkan kanak-kanak yang berusia 5 tahun ini mampu menghafal surah-surah dalam Al-Quran dengan lancar sekali dan mampu menjadi imam kepada makmum yang jauh lebih dewasa daripadanya.... Sungguh menginsafkan diri saya. Dengarkanlah bacaan Al-Quran kanak-kanak ini. Moga saya dikurniakan anak-anak yang soleh seperti ini. Sejuk perut ibu mengandung...


Wednesday, March 21, 2012

Proton Baru....

    Dah nak setahun tak update blog... Takde story nak dihebah2kan. Baru-baru ni berkesempatanlah jugak meramaikan Pameran Power of 1 anjuran Proton kat Stadium Bukit Jalil. Excited nak tengok kereta keluaran Proton yang terbaru, P3-21A. Hajat nak menukar kereta kuda baru memang dah lama cuma masih tertunggu-tunggu kereta yang sesuai. Bila Proton bagitau orang ramai keluaran 'anak bongsu' mereka apa lagi saya tak lepas peluang  nak risik-risik mana tau terpikat. Boleh la angkat 1. Ceewah... macam lah akaun penuh hehehe... Berangan je la dulu kan.
    So, sampai stadium dalam kul 4.30 petang. Puas pusing-pusing carik kereta Proton baru tu. Tak gak jumpa-jumpa. Punya la frust. Tup-tup diorang announce kereta tu akan ditayangkan kat public malam kang kul 8.30 mlm. Aduis... tension betul. Takkan nak tunggu sampai malam. So, nak hilangkan tension kitorang (adik. mama n i) pi la ronda-ronda tengok kereta-kereta lain - Exora Bold, Pesona, Saga, Satria Neo & banyak lagi. Sape nak order masa tu pun boleh. Ada diskaun lagi sampai 15K!. Memang murah. Tapi nak gak tunggu kereta baru tu dulu... Orang kata kereta baru tu best. Rupa paras pun cool! Enjin pun power... Tengoklah ada rezeki kalau betul2 seperti yg orang kata, nak gak angkat 1.
Oleh kerana tak sempat nak tengok kerata baru tu, i pun google la carik rupa paras kereta P3-21A tu. Wowww! Memang cun. Hopefully realitinya sama seperti gambar yg i google ni... Elegen and cool!
Ada orang kata nama kereta Proton baru ni Espire... wait n see!

Amacam? Cun kan? Jom angkat....

Pukul Berapa Dah?