Sunday, February 27, 2011

Satu Kisah Iktibar Untuk Semua Ibu dan Bapa

Sebuah kisah dari Ireland Utara yang diterjemahkan ke bahasa Melayu. Harus menjadi iktibar semua insan bergelar ibu dan ayah. Selamat Hari Ibu! 

SAYA IBU TERJAHAT DI DUNIA INI
Oh, Tuhan, izinkan aku menceritakan hal ini…, sebelum ajal menjemput ku…
20 tahun yang lalu saya melahirkan seorang bayi laki-laki, wajahnya comel tetapi nampak bodoh. Sam, suamiku memberinya nama Eric. Semakin lama semakin nampak jelas bahawa anak ini memang agak terkebelakang. Saya berniat mahu memberikannya kepada orang lain saja supaya dijadikan budak atau pelayan bila besar nanti. Namun Sam mencegah niat buruk itu.
Akhirnya terpaksa saya membesarkannya juga.
Pada tahun kedua kelahiran Eric, saya pun melahirkan pula seorang anak perempuan yang cantik. Saya menamakannya Angelica. Saya sangat menyayangi Angelica, begitu juga Sam. Seringkali kami mengajaknya pergi ke taman hiburan dan membelikan pakaian anak-anak yang indah-indah…
Namun tidak demikian halnya dengan Eric. Ia hanya memiliki beberapa helai pakaian lama. Sam berniat membelikannya, namun saya selalu melarang dengan alasan tiada wang. Sam terpaksa menuruti kata saya.
Saat usia Angelica 2 tahun, Sam meninggal dunia. Eric sudah berumur 4 tahun ketika itu. Keluarga kami menjadi semakin miskin dengan hutang yang semakin bertambah. Saya mengambil satu tindakan yang akhirnya membuatkan saya menyesal seumur hidup. Saya pergi meninggalkan kampung kelahiran saya bersama Angelica. Saya tinggalkan Eric yang sedang tertidur lelap begitu saja.
Setahun.., 2 tahun.., 5 tahun.., 10 tahun.. berlalu sejak kejadian itu. Saya menikah kembali dengan Brad, seorang lelaki dewasa. Usia pernikahan kami menginjak tahun kelima. Berkat Brad, sifat-sifat buruk saya seperti pemarah, egois, dan tinggi hati, berubah sedikit demi sedikit menjadi lebih sabar dan penyayang. Angelica sudah berumur 15 tahun dan kami menyekolahkan dia di sekolah jururawat. Saya tidak lagi ingat berkenaan Eric dan tiada memori yang mengaitkan saya kepadanya
Hinggalah le satu malam… Malam di mana saya bermimpi mengenai seorang anak…
Wajahnya segak namun kelihatan pucat sekali… Dia melihat ke arah saya.
Sambil tersenyum dia berkata, “Makcik, makcik kenal mama saya? Saya rindu sekali pada mama!”
Sesudah berkata demikian ia mulai pergi, namun saya menahannya, “Tunggu…, saya rasa saya kenal kamu. Siapa namamu wahai anak yang manis?”
“Nama saya Eric, makcik.”
“Eric…? Eric… Ya Tuhan! Benarkah engkau ni Eric???”
Saya terus tersentak dan terbangun. Rasa bersalah, sesal dan pelbagai perasaan aneh yang lain menerpa diri saya pada masa itu juga. Tiba-tiba terlintas kembali kisah yang terjadi dulu seperti sebuah filem yang ditayangkan kembali di kepala saya. Baru sekarang saya menyedari betapa jahatnya perbuatan saya dulu. Rasanya seperti mahu mati saja saat itu.
Ya, saya patut mati…, mati…, mati…
Ketika tinggal seinci jarak pisau yang ingin saya goreskan ke pergelangan tangan, tiba-tiba bayangan Eric melintas kembali di fikiran saya. Ya Eric, mama akan menjemputmu Eric, tunggu ya sayang!…
Petang itu saya membawa dan memarkir kereta Civic biru saya di samping sebuah pondok, dan ia membuatkan Brad berasa hairan. Beliau menatap wajah saya dan bertanya,
“Mary, apa yang sebenarnya terjadi? Mengapa kita berada di sini?”
“Oh, Brad, kau pasti akan membenciku selepas saya menceritakan hal yang saya lakukan dulu,” Aku terus menceritakan segalanya dengan terisak-isak…
Ternyata Tuhan sungguh baik kepada saya. Ia memberikan suami yang begitu baik dan penuh pengertian. Selepas tangisan saya reda, saya keluar dari kereta dengan diikuti oleh Brad dari belakang. Mata saya menatap lekat pada gubuk yang terbentang dua meter dari hadapan saya.
Saya mula teringat yang saya pernah tinggal dalam pondok itu dan saya tinggalkannya, Eric.. Eric… Di manakah engkau?
Saya meninggalkan Eric di sana 10 tahun yang lalu. Dengan perasaan sedih saya berlari menghampiri pondok tersebut dan membuka pintu yang diperbuat daripada buluh itu… Gelap sekali… Tidak terlihat sesuatu apapun di dalamnya!
Perlahan-lahan mata saya mulai terbiasa dengan kegelapan dalam ruangan kecil itu. Namun saya tidak menemui sesiapapun di dalamnya. Hanya ada sehelai kain buruk yang berlonggok di lantai tanah. Saya mengambil seraya mengamatinya dengan betul-betul… Mata mulai berkaca-kaca, saya mengenali potongan kain itu . Ini adalah baju buruk yang dulu dipakai oleh Eric setiap hari…
Beberapa saat kemudian, dengan perasaan yang sangat sedih dan bersalah, sayapun keluar dari ruangan itu… Air mata saya mengalir dengan deras. Saat itu saya hanya diam saja. Sesaat kemudian saya dan Brad mulai menaiki kereta untuk meninggalkan tempat tersebut. Namun, saya melihat seseorang berdiri di belakang kereta kami. Saya terkejut sebab suasana saat itu gelap sekali.
Kemudian terlihatlah wajah orang itu yang sangat kotor. Ternyata ia seorang wanita tua. Saya terkejut lagi apabila dengan tiba-tiba dia menegur saya. Suaranya parau.
“Heii…! Siapa kamu?! Apa yang kamu mahu?!”
Dengan memberanikan diri, saya pun bertanya, “Ibu, apakah ibu kenal dengan seorang anak bernama Eric yang dulunya tinggal di sini?”
Ia menjawab, “Kalau kamu ibunya, kamu adalah perempuan terkutuk!! Tahukah kamu, 10 tahun yang lalu sejak kamu meninggalkannya di sini, Eric terus menunggu ibunya dan memanggil, ‘Mama…, mama!’ Kerana tidak tahan melihat keadaannya, kadang-kadang saya memberinya makan dan mengajaknya tinggal bersama saya. Walaupun saya orang miskin dan hanya bekerja sebagai pemungut sampah, namun saya tidak akan meninggalkan anak saya seperti itu! Tiga bulan yang lalu Eric meninggalkan sehelai kertas ini. Ia belajar menulis setiap hari selama bertahun-tahun hanya untuk menulis ini untukmu…”
Saya pun membaca tulisan di kertas itu…
“Mama, mengapa mama tidak pernah kembali lagi…? Mama marah pada Eric, ya? Mama, biarlah Eric yang pergi saja, tapi mama harus berjanji mama tidak akan marah lagi pada Eric. Bye, mama…”
Saya menjerit histeria membaca surat itu. “Tolong bagi tahu.. di mana dia sekarang? Saya berjanji akan menyayanginya sekarang! Saya tidak akan meninggalkannya lagi! Tolonglah cakap…!!!”
Brad memeluk tubuh saya yang terketar-ketar dan lemah.
“Semua sudah terlambat (dengan nada lembut). Sehari sebelum kamu datang, Eric sudah meninggal dunia. Dia meninggal di belakang pondok ini. Tubuhnya sangat kurus, ia sangat lemah. Hanya demi menunggumu ia rela bertahan di belakang pondok ini tanpa berani masuk ke dalamnya. Dia takut apabila mamanya datang, mamanya akan pergi lagi apabila melihatnya ada di dalam sana… Dia hanya berharap dapat melihat mamanya dari belakang pondok ini… Meskipun hujan deras, dengan keadaannya yang lemah ia terus berkeras menunggu kamu di sana. Dosa kamu tidak akan terampun!”
Saya kemudian pengsan dan tidak ingat apa-apa lagi.

Semoga menjadi pelajaran bagi kita sebagai orang tua ataupun bagi yang akan berkahwin. Janganlah menyalahkan apa yang sudah diberikan oleh Allah. Tetapi hargailah apa yang diberikan oleh Allah. Dan cuba bersabar. Kerana DIA tidak akan memberikan sesuatu apapun dengan sia-sia.

Hasil Nukilan :
Nurulhilyati Abdul Halim
Pemilik Raudhatunnaim.Com
nurul@fauzulnaim.com

Monday, February 14, 2011

KERETA OH KERETA...

Hari ini sungguh malang betul. Balik tadi tiba-tiba kereta wat hal... masalah break pad, menurut kata abang saya la... Satria tu dia punya dan hari ni saya bawak kereta dia sebab dia pakai kereta Iswara yang biasa saya guna pi keja.Maklumlah dia dah ada anak sorang. Susah kalau nak pakai Satria dengan dua pintu je tu. Saya yang masih takde anak ni ok lagi la kalau nak bawak Satria tu. Tapi tak sangka pulak Satria tu banyak ragamnya. Perjalanan balik yang sepatutnya ambik masa dalam 20 minit je jadi 1 setengah jam. Tension betul! Banyak kali terpaksa berhenti tepi jalan sebab kereta tak boleh jalan. Nak tukar balik kereta dengan abang tak sampai hati pulak rasanya. Kasihan pulak kat dia dengan anak isteri yang terpaksa bersesak dalam kereta kecik tu. Lagipun Iswara yang dah saya pakai selama  8 tahun tu pun baru je kena langgar orang dari belakang. Ada makcik tu terbabas sampai terlanggar kereta yang saya parking depan umah. Dahlah kena langgar belakang, depan pun kena gak sebab kereta tu meluncur ke depan langar pulak kereta jiran sebelah. Nasib baik saya tak ada dalam kereta tu. Apa lagi kena hantar workshop la dah kemek depan belakang. Baru je repaire balik tapi dah tak sesedap macam dulu la. Bunyi sana bunyi sini, goyang sana, goyang sini, enjin pun bunyi macam pasang turbo. Dah tawar hati dah rasanya kat kereta tu.

Cantikkan Persona Elegant nih...
Bila fikir-fikir balik teringin rasanya nak beli kereta baru. Hajat di hati nak je sambar "INSPIRA" yang baru tu. Orang kata keta tu bagus. Guna enjin Mitshubishi Lancer. Power tu! Tapi tu la dah kalau enjin pun enjin import tak ke harga pun melambung tinggi. Tak mampu la pulak. telan air liur je la... Nak beli Exora, besar sangat pulak kereta tu. Tak padan dengan saya yang masih lagi berdua...huhuhu... So, fikir punya fikir rasanya nak ambik PERSONA ELEGANT baru tu. Persona yang diberi nafas baru... orang kata 'facelift' dari yang lama. Cantik gak, nampak mewah.... Bila agaknya hajat memilikinya akan kesampaian? Nampaknya mulai sekarang kenalah menabung sikit demi sedikit... Ishhh..tak sabar-sabar pulak rasanya....

Sunday, February 13, 2011

LIRIK LAGU SWAY - MICHEAL BUBLE

Best melodi lagu Sway ni... suka sangat2... Sape2 yang suka, ni lirik lagu tu... Kita leh nyanyi sama2.. yehaaa!

Sway Oleh Michael Buble

When marimba rhythms start to play
Dance with me, make me sway
Like a lazy ocean hugs the shore
Hold me close, sway me more
Like a flower bending in the breeze
Bend with me, sway with ease
When we dance you have a way with me
Stay with me, sway with me
Other dancers may be on the floor
Dear, but my eyes will see only you
Only you have the magic technique
When we sway I go weak
I can hear the sounds of violins
Long before it begins
Make me thrill as only you know how
Sway me smooth, sway me now
Other dancers may be on the floor
Dear, but my eyes will see only you
Only you have the magic technique
When we sway I go weak
I can hear the sounds of violins
Long before it begins
Make me thrill as only you know how
Sway me smooth, sway me now
You know how
Sway me smooth, sway me now

Saturday, February 12, 2011

MASUKKAN LAGU DALAM BLOG

Fuh... puas godek2 akhirnya berjaya gak saya masukkan lagu dalam blog ni.. baru la sonok sikit nak bukak blog kan? Ni pun atas bantuan seorang blogger gakkk (tak kenal pun) but i'm very appreciated dengan ilmu yang dia bagi dalam blog dia tu.. saling bantu membantu kan.. pahala tu... thanks a lot..
Ok ni saya ajar camne nak masukkkan lagu...Mula2 search http://www.mixpod.com. Pastu sign up as a member. Dah jadi member barulah boleh create playlist..Dah jadi member,clicks my playlist kat dashboard yang bahagian atas tu. Pastu search lagu yang anda suka kat search box mixpod. Dah pilih lagu nanti customized and save. Pastu nanti pilih je nak shared blog,click kat blogger. Nanti keluar code, copy je dan paste dalam blog. Cara2nya...

Step 1:Pergi kat dashboard click 'layout'  atau design link.





 Step 2:Clicks kat Add Gadjet


Step 3:Clicks kat HTML/Java scripts 


Step 4:Pasted html yang anda copy dari mixpod tadi macam kat box bawah ni



Lepas tu jangan lupa save. Pastu try view... jeng...jeng..jeng.. lagu kesukaan anda akan mendayu-dayu di dalam blog anda.. 
Selamat mencuba ye..


A Shoulder To Cry On - TOMMY PAGE



Teringat zaman dulu-dulu...

FATAMORGANA - HIJAZ



SYAHDU LAGU NI...

Friday, February 11, 2011

HARI JUMAAT DATANG LAGI...

Rumah baru beli kat Bangi
Seronoknuya bila tiba hari Jumaat... maknanya akan bermulalah episod bangun tido lambat... hehehe. Tak payah nak fikir pasal jem kat jalan... nak fikir sempat ke tak nak punch card... nak fikir baju apa nak pakai n macam2... sume tu akan dilupakan sekejap. Plan hujung minggu ni nak pi tgk umah baru beli yang masih tak duduk lagi... bila agaknya saya boleh pindah sana yek... hati rasa memang excited sgt2 nak dok umah sendiri. Tapi yang susah sikit  bila memikir jarak umah baru di Bangi tu yang agak jauh nak ke Bukit Jalil. Skang ni dok Serdang kira dekat la... dalam 20 minit boleh dah sampai Bukit Jalil. Jem pun taklah teruk sangat... Tapi kalau dok Bangi nanti lagi banyak benda saya kena fikir... Jauh satu hal, jem lagi... aduyai... mau stress rasanya pepagi nih.. tapi sampai bila plak saya nak menumpang umah mak kan..? Aku kena berdikari...Tengoklah insyaAllah akan saya akan pindah sana gak... Beli umah mahal-mahal tak nak duduk, wat pe kan? Kena berkorban sikit... lagipun alah bisa tegal biasa kan?

Salam...

Salam semua... akhirnya berjaya gak saya wat blog sendiri... baru launch ni... so, pada sume yang nak share something or comment anything... silakan.. U r most welcome...

Pukul Berapa Dah?