Monday, August 1, 2011

Menu Berbuka di Hari Pertama Puasa

Alhamdulillah... berjaya melalui hari pertama puasa dengan sempurna (erk...sempurna ke? wallahualam). Nak citer pasal menu berbuka tadi. Alhamdulillah juga kerana berjaya mengawal nafsu membeli belah di bazar Ramadhan. Harap-harapnya berterusanlah sehingga akhir Ramadhan.
Hari ni saya, mak dan Iyan bergotong royong memasak. Menu tidak sehebat mana tetapi cukup meyelerakan bagi kami anak negeri Sembilan jati. Memang walla! Hasil air tangan mak. Kami dua beradik menjadi pembantu mak mana yang patut. Ikan tenggiri masak asam pedas, sambal udang, tumis sayur sawi cina, ikan goreng, sambal tempoyak dan ulam-ulaman (peria dan kacang botol). Simple je tapi sangat menyelerakan dan mengenyangkan. Sebagai desert, saya buat roti gulung sardin. Desert orang Melayu...hehehe. Air pulak ada 3 jenis, teh tarik, teh o dan oren ais. Sedikit buah kurma dan buah rambutan (pemberian jiran sebelah... terima kasih kak Nor). Semua tu bagi saya sudah cukup lazat. Tak payah nak beli apa-apa makanan extra kat bazar Ramadhan dah. Selalu kalau beli mesti tak habis makan pun. Buat membazir je...
Terfikir juga kenapa masa bulan Ramadhan menjelma semua benda nak beli. Itu nak ini nak tapi last-last yang dimakannya sedikit tetapi terbuang yang banyak. Kesudahannya pahala yang nak dikumpul di bulan mulia ni sia-sia je. So, untuk tahun ni, saya bertekad untuk tidak mengunjungi bazar Ramadhan. Sekali dua mungkin boleh kot. Kalau dah teringin sangat nak makan benda yang susah nak dibuat. Nanti kempunan, susah pulak kan... (alasan ke tu?). Namun, saya akan cuba masak sendiri dan makan apa yang ada saje. Sebenarnya makanan yang dibuat hasil air tangan sendiri itu lebih sedap dari air tangan orang lain dan lebih terjamin kebersihannya.
Nampak sedap, tapi adakah ini 'Murtabak Tahi ayam'?
Teringat kata-kata seorang rakan, kak Iza tentang peringatan yang disampaikan oleh Ustaz Fauzi di masjid di kawasan tempat tinggalnya. Menurut beliau, " Kebanyakan kita umat Islam ni masa bulan Ramadhan susah nak mengawal  nafsu makan. Bila petang menjelma, berduyun-duyun membeli belah pelbagai makanan di bazar Ramadhan. Semua benda nak beli hinggakan 'murtabak tahi ayam' pun sanggup beli untuk dijadikan menu berbuka". Murtabak tahi ayam? Kembang tekak rasanya. Ada ke orang jual murtabak tahi ayam? Bila difikir-fikir, betul juga kata Ustaz Fauzi. Dalam keghairahan penjual-penjual menjual makanan terutama dalam kuantiti yang banyak adakah mereka benar-benar menjaga kebersihan makanan yang mereka jual. Adakah telur ayam yang mereka gunakan untuk membuat murtabak dicuci terlebih dahulu sebelum dipecahkan ke dalam bekas? Dan adakah kita yakin kulit-kulit telur yang tidak dicuci itu tidak jatuh ke dalam inti murtabak ketika dipecahkan. Kalau setakat 2-3 biji mungkin boleh percaya jugak tapi kalau dah beratus-ratus biji, sendiri mahu fikirlah....Sedangkan kita sebagai umat Islam sememangnya telah dianjurkan agar mencuci telur ayam terlebih dahulu sebelum memasak sebab kita sedia maklum telur ayam yang dijual di kedai-kedai semuanya adalah fresh keluar dari bontot ayam.... so, sendiri mau ingatlah apa yang akan melekat di kulit-kulit telur ayam tu. Eeee... tak sanggup...!

No comments:

Post a Comment

Pukul Berapa Dah?