Friday, July 29, 2011

Iri Hati @ Dengki

Salam Jumaat... Kalau ikutkan hari-hari Jumaat ni malas nak citer pasal perkara-perkara negatif ni tapi itulah sebagai pengajaran dan tauladan kenalah juga membebel sikit tentang sikap manusia yang sangat dibenci ni iaitu iri hati atau merangkap dengki.
Saya pun tak fahamlah kenapa manusia ni mudah benar nak rasa dengki dengan kelebihan, kejayaan atau rezki orang lain. Walhal, diri sendiri tu dah cukup hebat dah dan dah ada apa yang orang lain ada. Apa lagi entah yang dia nak?
Kat tempat kerja ni pun adalah beberapa orang yang saya kenal cepat sangat nak rasa iri hati. Tak boleh langsung tengok orang senang. Pastu mulalah berdengki. Mulalah mengutuk sana sini menjaja cerita buruk pasal orang lepas tu mengangkat diri sendiri. Eeee..meluat sungguh orang macam ni! Yang tak dapat nak terima ni orang yang kuat berdengki ni bukannya setakat muda belia lagi dah umur nak separuh abad pun ada. Taubat-taubatlah wahai si pengdengki ni. Moga Allah berikan hidayah dan petunjuk kepada mereka-mereka ini. Amin.
Masalahnya, orang yang pendengki ni bukan sedar pun diri dia dah berdengki dengan orang. Agak-agak kalian lah, kalau kalian ni berdengki dengan orang, kalian sedar tak yang kalian ni ada rasa dengki. Agak-gaknya tak kan? Orang yang jahat tak sedar dia jahat melainkan bila dia dah diturunkan bala atau musibah kan? Barulah nak muhasabah diri. Barulah menyesal... Itulah sikap manusia. Apa boleh buat, doakanlah jelah mereka ni berubah. Dan, pada diri kita sendiri, muhasabah diri, ada tak kita rasa iri hati atau dengki kat orang? Kalau iri hati membawa diri kita berubah kepada arah kebaikan tak mengapalah tapi kalau iri hati menyebabkan kita terpaksa memikul bebanan dosa minta jauhkanlah...nauzubillahiminzalik!

Dipetik dari seorang sahabat...


“Janganlah kalian saling membenci, janganlah kalian saling mendengki, janganlah kalian saling membelakangi (saling berpaling), dan janganlah kalian saling memutuskan. Jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara.” (H.R. Muttafaq ‘alaih)

Hadis ini diriwayatkan Imam al-Bukhari dalam “Al Adab” dan Muslim dalam “Al Birr”. Lebih khusus tentang larangan dengki disebutkan oleh Rasulullah saw. dalam hadis lain:

“Hindarilah dengki karena dengki itu memakan (menghancurkan) kebaikan sebagaimana api memakan (menghancurkan) kayu bakar.” (H.R Abu Dawud).

Dengki didefiniskan oleh para ulama sebagai:
“Mengangankan hilangnya kenikamatan dari pemiliknya, baik kenikmatan (yang berhubungan dengan) agama maupun dunia.”

Dari definisi di atas kita dapat memahami bahwa iri dengki tidak hanya menyangkut capaian-capaian yang bersifat duniawi, seperti rumah dan kendaraan, melainkan juga menyangkut capaian-capaian di lingkup keagamaan, misalnya dakwah. Ini juga berarti bahwa penyakit dengki bukan hanya menjangkiti kalangan awam. Iri dengki itu ternyata dapat menjalar dan menjangkiti kalangan yang dikategorikan berilmu, pejuang, dan da’i.

Sunday, July 24, 2011

Memasak Hujung Minggu

Bangun pagi perut rasa lapar... Nak makan, nasik lauk semua masih belum masak lagi. Dah tengahari pun memang waktu lunch dah ni. Mak takde pergi makan kenduri. Mesti perut mak pun dah kenyang makan best kat rumah kenduri. Adik pulak tengah dok menonton rancangan Melodi. Rancagan fofular setiap Ahad. Ada roti canai sejuk atas meja tapi tak menarik minat saya untuk makan.
Tengok dapur masih belum berasap. Apa nak masak ni? Arghhhh.... bila fikir pasal memasak ni rasa malas teramat. Kalaulah kat rumah ni tinggal saya seorang je dah lama dah saya start kereta pi kedai mana-mana tapau lauk dan nasik. Tapi memandangkan banyak perut nak isi terpaksalah batal niat tu. Terpaksalah memasak jugak. Lagipun En suami yang masih berdengkur tu tentu nak makan nanti.
Dengan perasaan yang malas saya bangun pi tinjau peti ais tengok apa yang ada. Ada  ikan, ayam dan daging sikit. Nak masak apa yer? Sayur pulak... kobis, kacang panjang, tomato, peria katak dan nenas. Tengok bahan-bahan tu semua lagilah bertambah rasa malasnya. Semuanya nak kena siang dan potong dulu. Banyak kerja nak buat. Fikir-fikir punya fikir saya dapat satu idea. Jeng..jeng.. jeng.. Saya ambik ikan, daging dan ayam yang keras tu terus rendam nak bagi lembut sikit. Pastu ambik kacang panjang patah-patahkan. Tomato saya belah enam. Kupas bawang merah dan bawang putih pastu tumbuk... Ikan, ayam dan daging yang dah rendam tadi saya siang dengan pantas. Lebih kurang sejam kemudian, tadaaaa.... Siaplah dua jenis lauk yang simple tapi sedap... Cer tengok hasil masakan saya. Nampak sedap tak? Nyum..nyum... Jemput makan...
Ikan Goreng Kemalasan
Paprik Campur Berat Tulang

Saturday, July 23, 2011

Buku Program

Lega...lega akhirnya berlalu sudah majlis penyampaian sijil Pra U. Sejak 2 minggu lepas, hati tak tenang selagi majlis tidak berakhir. Banyak kerja yang perlu dilakukan. Memegang jawatankuasa buku program bukanlah suatu kerja yang mudah walaupun ada yang menganggap tugas ini mudah. Mencari bahan, menaip, menyusun atur dan yang paling sukar adalah membuat design muka depan. Berapi gak otak memikirkan idea. Itu belum lagi bab-bab mengedit dan mencetak. Kadang-kadang buku program dah siap cetak pun masih ada yang perlu dperbaiki atau diubah di saat-saat akhir. Terpaksalah ubah jugak demi memenuhi permintaan bos2... Apa nak buat kita kuli kenalah akur kan...

Selalunya kerja membuat buku program akan dibuat di rumah. Kadang-kadang terpaksa berjaga lewat malam sampai ke pagi. Orang bukan tau. Pergi kerja tak sempat nak buat semua tu. Nak mengajar lagi. Nak buat soalan lagi. Nak tanda tutorial budak lagi... memang tak dan. Agaknya tu sebab orang nampak buat buku program ni macam mudah sebab nampak relax.. Tapi di sebalik tu hanya Allah yang tahu.
Tapi, part yang paling best ialah bila dah siap, ramai yang memuji buku program cantik dan menarik  Masa tu hilang segala penat lelah.  Puas hati sangat-sangat. Pada sape-sape yang kata kerja buat buku program ni mudah, anda try la terima tugas ni dan cuba buat... anda akan tau. Walau apapun pada saya walaupun tugas ini sukar ianya sangat menyeronokkan. Ia membuatkan saya jadi lebih kreatif dan berfikiran jauh. Apa yang lebih penting ia mengajar saya erti sabar... Selagi saya mampu memerah idea, saya akan teruskan menghasilkan buku program walaupun ilmu dalam bidang ini tak seberapa kalau dibanding dengan pereka grafik handalan... Almaklumlah saya ni hanya seorang guru biasa.

Pukul Berapa Dah?